Barcelona telah melepaskan hak nama untuk Camp Nou musim depan dalam usaha mendapatkan dana mengatasi wabak coronavirus.

Dalam pengumuman semalam, pihak Barca berkata hak nama stadium itu akan diserahkan kepada yaysan kelab untuk dijual kepada penaja.

Dana untuk 2020-21 akan digunakan untuk pelaburan projek penyelidikan di Catalunya serta seluruh dunia bagi mengatasi coronavirus.

Sebelum ini, Barca tidak pernah menawarkan hak komersial buat nama stadium mereka.

"Ini adalah tempoh penting kepada dunia dalam aspek kesihatan, ekonomi dan krisis sosial bagi sejarah moden," kata wakil kelab itu.

"Barca telah membuat keputusan sebagai reaksi kepada kemanusiaan yang diperlukan dalam tempoh ini. Semua orang memberikan segalanya untuk mengatasi wabak global yang telah melumpuhkan dunia.

"Kami sedar Barca mempunyai komitmen terhadap masyarakat yang lebih besar berbanding kelab, pengurusan tertinggi, badan kerajaan dipilih secara demokrasi oleh ahli dan Presiden, Josep Maria Bartomeu, yang meluluskan penyerahan hak nama Camp Nou bagi musim 2020-21 kepada yayasan kelab.

"Ia akan menambahkan wang untuk penyelidikan yang diadakan di Catalonia serta seluruh dunia dalam usaha mengatasi Covid-19."