Marc-Andre ter Stegen yakin Barcelona akan merangkul gelaran LaLiga jika mereka dapat memenangi baki permainan mereka.

Barcelona terikat seri tanpa jaringan dengan Sevilla awal pagi tadi, memberikan Real Madrid peluang untuk berkongsi kedudukan dengan mereka dengan 65 mata ketika mereka mengunjungi Real Sociedad.

Real juga akan mendahului saingan rekod pertemuan menentang Barcelona selepas kemenangan El Clasico Mac lalu.

Tetapi Ter Stegen yakin Barcelona akan dinobatkan sebagai juara liga jika mereka dapat memenangi setiap lapan baki perlawanan mereka.

"Kami tidak lagi bergantung kepada diri sendiri dan kami akan menyaksikan apa yang dilakukan pesaing, tetapi kami semakin meningkat naik," katanya.

"Ketika bertahan, kami menunjukkan wajah terbaik kami dan saya yakin bahawa dengan memenangi semua baki permainan kami akan menjadi juara."

Barcelona tercicir dua mata buat pertama kalinya sejak kembali daripada rehat yang dipaksakan berpunca daripada penularan coronavirus, tetapi mereka tidak dibolosi dalam tiga perlawanan.