Robert Lewandowski berkata Anugerah Ballon d'Or bukan fokusnya tetapi "segala-galanya mungkin berlaku" dalam memenangi anugerah itu.

Penyerang Bayern Munich itu tidak pernah berada dalam senarai tiga terbaik anugerah bola sepak paling berprestij itu dengan rekod terbaiknya adalah ketika meraih tangga keempat dalam edisi 2015.

Begitupun, pemain berusia 31 tahun itu kelihatan sebagai pesaing utama dalam edisi 2020 selepas menjaringkan 45 gol dalam kesemua kejohanan yang akan membantu Bayern mempertahankan gelaran Bundesliga musim ini.

Jika skuad kendalian Hansi Flick itu memenangi DFB-Pokal dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, Lewandowski akan menjadi pilihan utama untuk menjadi pemain kedua memenangi anugerah itu selain Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sejak 2007.

"Saya berada dalam majlis itu pada Disember lalu," katanya kepada France Football.

"Kita akan lihat. Apa yang saya cuba lakukan adalah sentiasa memberikan yang terbaik, memenangi trofi dan menjaringkan lebih banyak gol.

"Tetapi ia seusatu yang datang bersama trofi yang dimenangi secara kolektif, Itulah perkara paling penting.

"Saya tidak terfikir mengenai Ballon d'Or, jika ada pun, di dalam hidup saya, saya percaya bahawa segala-galanya boleh berlaku," katanya.