Seperti dijangka, Cristiano Ronaldo meraih anugerah Ballon d'Or keempatnya, menewaskan Lionel Messi dan Antoine Griezmann untuk penghormatan tertinggi itu.

Ronaldo menambah kepada kejayaannya pada 2008, 2013 dan 2014 selepas gemilang yang diciptanya pada 2016 bersama Real Madrid dan Portugal.

Messi, pemenang lima kali anugerah bola emas itu, gagal menambah koleksinya di sebalik kecemerlangan membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan LaLiga pada 2015-16.

Persembahan cemerlang Griezmann, khususnya bersama Atletico Madrid, dan juga Perancis, membantu menempatkannya di atas podium manakala rakan sepasukan Messi, Luis Suarez dan Neymar, masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

Ranking terakhir Ballon d'Or 2016:

1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
2. Lionel Messi (Barcelona)
3. Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
4. Luis Suarez (Barcelona)
5. Neymar (Barcelona)
6. Gareth Bale (Real Madrid)
7. Riyad Mahrez (Leicester City)
8. Jamie Vardy (Leicester City)
9. Pepe (Real Madrid)
9. Gianluigi Buffon (Juventus)
11. Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund)
12. Rui Patricio (Sporting CP)
13. Zlatan Ibrahimovic (Manchester United)
14. Arturo Vidal (Bayern Munich)
14. Paul Pogba (Manchester United)
16. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
17. Dimitri Payet (West Ham)
17. Luka Modric (Real Madrid)
17. Toni Kroos (Real Madrid)

Tiada undi: Koke (Atletico Madrid), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Diego Godin (Atletico Madrid), Paulo Dybala (Juventus), Sergio Aguero (Manchester City), Kevin De Bruyne (Manchester City), Gonzalo Higuain (Juventus), Andres Iniesta (Barcelona), Thomas Muller (Bayern Munich), Manuel Neuer (Bayern Munich), Luis Suarez (Barcelona).