Bale giat berlatih untuk kembali beraksi

Oleh Joe Wright 22 Disember 2016 0
Bale giat berlatih untuk kembali beraksi
Bintang Real Madrid, Gareth Bale, menawarkan perkembangan terbaru mengenai tahap kecergasannya susulan ditimpa kecederaan pergelangan kaki. 

Dengan Madrid tidak akan beraksi sehingga 7 Januari depan untuk pertemuan dengan Granada, bintang Wales itu terbang ke kampung halamannya untuk menikmati percutian musim sejuk bersama rakan-rakan dan keluarganya.

Pemain berusia 27 tahun itu bagaimanapun mengambil kesempatan itu untuk membina kecergasannya dengan memuat naik rakaman pendek di Twitter rasmi peribadinya dengan memperlihatkan kemajuan terhadap kecederaannya. 

"Kembali menjalani rawatan di Wales, hari melakukan senaman kaki," tulisnya dengan mempamerkan aksinya menggunakan mesin senaman kaki. 

Bale dipinggirkan sejak membantu Real Madrid mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara ke atas Sporting CP pada 22 November lalu. 

Tentang Penulis

Joe Wright

Komen