Azzuri sudah terbayang Piala Dunia, kata jurulatih 

Oleh Penulis Jemputan 7 November 2017 674
 Azzuri sudah terbayang Piala Dunia, kata jurulatih 
Itali  bakal berdepan Sweden dalam aksi play-off Piala Dunia, namun ketua jurulatihnya, Gian Piero Ventura, sudah memikirkan tentang aksi di peringkat kumpulan yang bakal dilalui mereka di Russia 2018.

Azzurri terlepas kedudukan teratas dalam aksi kelayakan Kumpulan G, zon Eropah kepada Sepanyol. Gara-gara itu, mereka perlu menghadapi rintangan skuad kendalian Janne Andersson dalam aksi timbal balik sebelum mengesahkan tempat dalam pusingan akhir, tahun depan. 

Ventura memberi jaminan dia sama sekali tidak memandang mudah terhadap tugasan kali ini, begitupun mendakwa fokusnya sudah terarah kepada Piala Dunia.

"Dalam minda saya, saya tidak pernah terlintas kemungkinan kehilangan tempat dalam Piala Dunia, kami yakin mampu melakukannya," kata jurulatih berusia 69 tahun itu.

"Saya percaya ada tugas lebih penting yang boleh kami fikirkan pada masa ini. Sudah tiba masanya untuk menyalurkan kemampuan kami.

"Saya tidak memikirkan sama ada kami akan bermain dalam Piala Dunia atau tidak, saya sudah membuat perancangan terhadap peringkat kumpulan serta perlawanan persahabatan yang perlu kami adakan, mungkin menentang England dan Argentina.

"Sudah tentu saya memikirkan mengenai Russia tetapi saya akan memberi tumpuan kepada Sweden terlebih dahulu, ia merupakan langkah wajib," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen