Axel Witsel lupakan baki kempen Dortmund 

Oleh Shaiful Shamsudin 11 Januari 2021 100
 Axel Witsel lupakan baki kempen Dortmund 
Axel Witsel ditimpa kecederaan tumit terkoyak dan dijangka akan diketepikan untuk tempoh panjang, umum Borussia Dortmund. 

Pemain Belgium itu terpaksa dipapah keluar dalam separuh masa pertama kemenangan 3-1 Dortmund di RB Leipzig dalam pertembungan Bundesliga, kelmarin. 

Dortmund mengesahkan kecederaan itu semalam selain belum dapat menawarkan maklumat berapa lama dia dijangka tersisih dan pemain berusia 31 tahun itu berkemungkinan akan terlepas baki aksi musim ini.

Laporan di Belgium juga percaya Witsel dalam keraguan untuk menyertai Euro 2020 yang akan bermula 11 Jun depan.

 
Dortmund menciap di Twitter: "Berita malang. Tendon achilles Axel Witsel terkoyak dalam perlawanan semalam dan dia akan berehat untuk jangka masa yang panjang.

"Kami semua berharap Axel berjaya dan segera pulih."

Kemenangan Dortmund itu melonjakkan mereka di tangga keempat dengan lima mata di belakang pendahulu, Bayern Munich.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen