SPORTING 0 ARSENAL 1

Unai Emery mahukan peningkatan persembahan dalam separuh masa pertama di sebalik kemenangan ke-11 The Gunners dalam semua kejohanan dengan menewaskan Sporting CP dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi.


Danny Welbeck mengambil kesempatan di atas kesilapan Sebastian Coates dalam pertembungan Kumpulan E itu untuk meledak gol kemenangan buat skuad bimbingan Emery.

Arsenal yang mencipta kemenangan ke atas Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Isnin lalu, kelihatan hambar dalam separuh masa pertama.

Walaupun The Gunners semakin hampir memastikan kelayakan ke pusingan seterusnya dalam saingan UEL, Emery berasakan terdapat peningkatan yang mampu ditampilkan dalam aksi akan datang.

"Setiap perlawanan merupakan peluang pasukan untuk mempamerkan peningkatan," kata Emery.

"Ketika separuh masa, saya sering memberitahu kepada pasukan 'kami perlu menggunakan peluang untuk mencipta kemenangan dalam separuh masa kedua'.

"Saya gembira apabila Arsenal sentiasa mencari jalan untuk mencipta kemenangan."