Aouar ke City? Guardiola memang berminat -- Juninho

Oleh Ammar Hakim 9 September 2020 1165
Aouar ke City? Guardiola memang berminat -- Juninho
Pengarah sukan Lyon, Juninho, berkata Pep Guardiola 'menggemari' Houssem Aouar yang telah dikaitkan dengan Manchester City dan Paris Saint-Germain.

Aouar telah dilaporkan timbul sebagai sasaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) City serta juara Ligue 1, PSG berikutan aksi cemerlangnya bersama Lyon.

Pemain tengah kelahira Perancis itu -- turut dikaitkan dengan Barcelona, Chelsea dan Arsenal -– memainkan peranan penting ketika membantu Lyon melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) bagi musim 2019-20.

Ditanya mengenai masa depan Aouar dan minat daripada PSG dan City, Juninho berkata, "Saya berasakan ia berlaku secara langsung dengan ejen. Kami tidak menghubungi mana-mana pihak.

"Dua pasukan yang dikaitkan dengan pemain itu, mereka adalah pilihan dalam saingan UCL setiap tahun jadi ia menjadi impian setiap pemain untuk menyertai mereka. Saya tidak berasakan sama ada Houssem sudah bersedia untuk bertukar projek untuk kelab Ligue 1 seperti PSG.

"Bagi City, semestinya Guardiola meminati pemain sepertinya. Namun buat masa ini, kami masih belum menerima sebarang tawaran rasmi."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen