Carlo Ancelotti percaya Napoli bakal berdepan pengganti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi ketika menerima kunjungan Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi Rabu ini.

Napoli akan berdepan PSG dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) dengan mendahului mereka dengan satu mata selepas tiga perlawanan Kumpulan C.

Tetapi Ancelotti –- yang mengendalikan PSG selama dua tahun hingga 2013 -- bimbang dengan kebolehan barisan pemain Thomas Tuchel, terutama Kylian Mbappe dan Neymar.

Pemenang Piala Dunia, Mbappe, merupakan antara pilihan untuk memenangi Ballon d'Or tahun ini, menjadi pemain pertama yang bakal memenanginya selain Ronaldo atau Messi buat kali pertama sejak Kaka pada 2007.

Jika dia tewas dalam perebutan anugerah individu itu, Ancelotti yakin Mbappe akan memenanginya pada masa akan datang.

"Dia merupakan pilihan berkualiti dan bakal mengambil alih takhta Ronaldo dan Messi yang memenangi segala trofi," kata Ancelotti.

"Saya berasakan Mbappe dan Neymar adalah pengganti kepada Ronaldo dan Messi.

"Jika Mbappe tidak memenangi Ballon d'Or tahun ini, dia akan melakukannya pada masa akan datang tanpa sebarang masalah. Semua pasukan mahu mendapatkannya," tambahnya.