Carlo Ancelotti akan berehat untuk baki musim ini dan akan kembali ke dalam bidang kejurulatihan bagi musim 2018-19.

Ancelotti telah dipecat sebagai jurulatih Bayern Munich pada Khamis lalu selepas juara Bundesliga itu mempamerkan persembahan mengecewakan.

Pengendali berusia 58 tahun itu telah dikaitkan dengan Arsenal dan AC Milan tetapi menyatakan semalam bahawa beliau mahu berehat buat seketika.

"Saya mahu berehat selama 10 bulan," kata Ancelotti.

"Saya tidak akan mengambil alih pasukan baru."

Ancelotti hanya bertahan selama setahun di Bayern dengan membantu pasukan meraih gelaran juara liga bagi musim 2016-17.