Amri ke Felda United?

Oleh Staff Writer 21 November 2019 3189
Amri ke Felda United?
Dikhabarkan terdapat perbincangan tidak rasmi berhubung pemain berpengalaman, Amri Yahyah, yang mungkin menyertai Felda United musim depan.

Keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak menyenaraikan Amri dalam skuad Merah Kuning musim depan menimbulkan tanda tanya.

Difahamkan, Amri yang masih lagi memiliki kontrak bersama Selangor, dikhabarkan bakal dipinjamkan kepada Felda untuk saingan musim depan.

Tegas pengendali Felda, Nidzam Jamil, perbincangan telah dijalankan, namun ia tidak berlangsung serius.

"Kami menghormati apa yang Amri sudah lalui, 20 tahun dalam kancah liga. 

"Salah seorang pemain terbaik dalam liga dan masih juga begitu. 

"Saya boleh katakan 90 peratus (rundingan) masih belum ada kata putus daripada kedua-dua pihak," katanya. 

Nidzam turut menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan walaupun secara jelas, dia antara watak penting bagi pemilihan pemain bagi musim 2020.

"Ia cuma gosip-gosip nakal, belum ada perbincangan yang serius.

"Mungkin ada (tetapi) saya belum pasti lagi dan saya perlu berhubung dengan pihak pengurusan mengenai tindakan mereka."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen