JUVENTUS 2 DINAMO ZAGREB 0

Massimiliano Allegri menolak dakwaan bahawa Juventus berada dalam kedudukan yang kukuh untuk melepasi pusingan 16 terakhir dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ekoran kemenangan 2-0 ke atas Dinamo Zagreb dan mengesahkan tempat teratas dalam Kumpulan H.


Jaringan separuh masa kedua daripada Gonzalo Higuain -- yang telah beraksi 418 minit -- dan Daniele Rugani memastikan kemenangan mereka dengan Juventus mara ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan.

Tetapi Allegri mendakwa nasib bakal menentukan sama ada mereka bakal memiliki kelebihan atau tidak dalam undian yang akan dilakukan pada Isnin bagi pusingan kalah mati.

"Ia semua bergantung kepada bola yang ditarik keluar dari balang. Bagaimanapun, lambat-laun kami akan terpaksa berdepan dengan mereka semua juga," katanya kepada Mediaset Premium.

Juventus dilihat bergelut untuk mencari rentak pada separuh masa pertama sebelum pertukaran taktikal menyaksikan mereka mengawal perlawanan ketika menentang Dinamo, yang menamatkan peringkat kumpulan tanpa sebarang mata.

"Saya mengubah sistem ekoran kami memerlukan pemain yang lebih untuk beraksi di bahagian tengah kerana kami beraksi dengan begitu perlahan.

"Separuh masa kedua kelihatan lebih baik. Dinamo bermain dengan lebih terbuka selepas kami menjaringkan gol pertama dan kelihatan rentak mereka semakin merudum, ia menjadi lebih mudah buat kami.

"Musim ini, kami belum lagi memenangi sebarang perlawanan UCL di laman sendiri, jadi keputusan ini sudah pasti sesuatu yang cukup positif.

"Bahagian tengah Dinamo membenarkan kami untuk beraksi dengan lebih pemain di bahagian tersebut, tetapi sistem pada separuh masa pertama juga yang membenarkan kami untuk memenangi 12 perlawanan dalam Serie A. Bagaimanapun, ia mengenai memberikan lawan sedikit peluang untuk menilai."