Aksi seri tonik buat Atletico -- Llorente

Oleh Penulis Jemputan 15 Februari 2020 86
 Aksi seri tonik buat Atletico -- Llorente
VALENCIA 2 ATLETICO MADRID 2

Marcos Llorente percaya Atletico Madrid mendapat suntikan semangat ketika terikat 2-2 dengan Valencia menjelang perhitungan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool, Rabu depan.


Atletico dua kali mendahului perlawanan di Mestalla itu, awal pagi tadi, sebelum menyerahkan kelebihan berkenaan untuk sekadar berpuas hati dengan keputusan seri, ini bermakna mereka hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, Llorente, yang menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu, berkata keputusan itu boleh menawarkan dorongan kepada Atletico untuk bertemu Liverpool bagi pertemuan pertama pusingan 16 berkenaan. 

"Setiap pemain seronok apabila menjaringkan gol. Saya gembira kerana berjaya melakukannya bagi membalas kepercayaan yang diberikan pengurus," katanya melalui laman sesawang kelab itu.



The snaps from #ValenciaAtleti 

➡ https://t.co/BKb0ENR8Sx

🔮âšȘ#AĂșpaAtleti pic.twitter.com/4b5tUySB2S
— AtlĂ©tico de Madrid (@atletienglish) February 14, 2020

"Valencia merupakan sebuah pasukan yang hebat dan perlawanan ini memberi kami keyakinan menjelang pertembungan yang sangat getir."

Atletico kini berjuang untuk merebut tempat empat teratas LaLiga dan dua mata di belakang Getafe yang di tempat ketiga manakala satu mata berkelebihan dengan Sevilla.

Diego Simeone, yang berada di bawah tekanan sebagai pengurus, berpuas hati dengan persembahan pasukannya itu walaupun seri.

"Kedua-dua pasukan mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol. Kami banyak mencipta ancaman dalam babak pertama sementara mereka pula mencetuskan masalah buat kami dalam separuh masa kedua," katanya.

"Ia adalah satu perlawanan yang sukar ketika menentang sebuah pasukan yang belum kalah lagi di stadium mereka. Inilah caranya untuk kami perlu bersaing dan terus maju."

Editor: Shaiful Shamsudin

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen