Aksi Inter-Sampdoria ditunda ekoran koronavirus

Oleh Ammar Hakim 23 Februari 2020 163
Aksi Inter-Sampdoria ditunda ekoran koronavirus
Perlawanan Inter berdepan Sampdoria dan dua lagi aksi Serie A telah ditunda ekoran penularan koronavirus di Itali.

Dalam sidan media, Perdana Menteri Itali, Itali, Giuseppe Conte, mengesahkan aksi di daerah Lombardy dan Veneto, termasuk perlawanan Hellas Verona-Cagliari dan Atalanta-Sassuolo clashes, tidak akan diteruskan.

Tindakan tersebut diambil bagi langkah yang untuk mengelak daripada penularan koronavirus, yang turut dinamakan sebagai Covid-19, selepas dua orang telah meninggal dunia dan 12 lagi dilaporkan positif.

Aksi Serie B antara Ascoli dan Cremonese turut ditunda dan hampir 88 perlawanan amatur turut diarah untuk tidak diteruskan, menerusi agensi berita Itali, ANSA.

Dalam satu kenyataan ringkas, Inter mengumumkan pertemuan mereka dengan Sampdoria di San Siro telah ditunda ke satu tarikah yang lain.

Inter yang kini menghuni tangga ketiga ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Serie A, Juventus, yang meraih kemenangan 2-1 ke atas SPAL semalam.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen