REAL MADRID 2 REAL VALLADOLID 0

Jurulatih sementara Real Madrid, Santiago Solari, memberi sokongan kepada Karim Benzema walaupun penyerang itu berterusan bergelut mencipta kemenangan dalam saingan LaLiga.

Benzema gagal mencetak sebarang gol dalam lapan perlawanan liga dan sekali lagi melakukannya ketika membantu pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Real Valladolid di Santiago Bernabeu, semalam.

Pemain kelahiran Perancis itu telah menjaringkan tujuh gol dalam 16 perlawanan tetapi empat daripadanya hadir menerusi saingan LaLiga.

Tetapi Solari memuji khidmat yang dipamerkan Benzema selepas Real mengakhiri lima perlawanan tanpa menang dalam saingan liga.

"Bukan saya yang menemui Benzema. Dia digemari pengendali terdahulu dan merupakan seorang penyerang yang berkualiti," katanya.

"Dia memiliki taktikal yang menakjubkan, dia meningkatkan mutu permainan rakan sepasukan dan turun membantu barisan pertahanan."

Real kini menghuni tangga keenam LaLiga, tujuh mata di belakang Barcelona.