Ajax hanya ada seorang penjaga gol mentah berdepan Midtjylland 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 November 2020 602
 Ajax hanya ada seorang penjaga gol mentah berdepan Midtjylland 
Ajax hanya menamakan 17 pemain sahaja menjelang pertemuan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Midtjylland berikutan COVID-19 yang melanda kem kelab Belanda itu.

Menurut media Belanda, De Telegraaf dan RTL Nieuws, 11 pemain daripada skuad utama pertama dan simpanan diuji positif pandemik itu dan akan terlepas perjalanan ke Denmark, awal pagi esok.

Kelab itu, bagaimanapun, belum mengesahkan punca Ryan Gravenberch, Davy Klaassen, Dusan Tadic, Andre Onana dan Maarten Stekelenburg tersisih dalam kunjungan berkenaan. 

Kjell Scherpen, yang belum membuat penampilan senior bersama wakil Eredivise itu, muncul satu-satunya penjaga gol yang sedia dipertaruhkan Erik ten Hag untuk perlawanan ini.

Ajax meraih satu mata hasil daripada dua perlawanan pembukaan Kumpulan D bertemu Liverpool dan Atalanta, lantas Midtjylland terdesak memburu keputusan positif. 

Di bawah peraturan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Ajax perlu beraksi sekiranya terdapat 13 atau lebih pemain dalam senarai skuad utama.


   

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen