Pemain yang bergelut dengan prestasi sendiri, Sergio Aguero, berjaya untuk terus kekal di dalam skuad Argentina bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil dan Colombia, dengan Lionel Messi juga bakal kembali menyertai pasukan.

Aguero tidak menjaringkan gol dalam lima perlawanan kelayakan, dan gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika mereka tewas 1-0 kepada Paraguay pada 12 Oktober, dengan penyerang Manchester City itu kemudiannya mengakui dia berasa ancaman mungkin digugurkan.

Pemain berusia 28 tahun itu juga terpaksa duduk di bangku simpanan dalam aksi peringkat kelab, selepas Pep Guardiola, memilih untuk tidak menyenaraikannya di dalam kesebelasan utama dalam kekalahan 4-0 kepada Barcelona walaupun dia cergas untuk beraksi.

Bagaimanapun, jurulatih Argentina, Edgardo Bauza, terus memberikan kepercayaan kepada bekas penyerang Atletico Madrid itu, dan dia bakal menyertai pemain utama, Messi, yang kembali bersama pasukan selepas tidak beraksi ketika kekalahan kepada Paraguay dan seri 2-2 di Peru ekoran kecederaan.

Marcos Acuna dan Julio Buffarini, yang merupakan pemain Racing Club dan Sao Paulo, turut berada di dalam senarai pemain dan kini mereka boleh memikirkan untuk mendapatkan penampilan pertama bersama Argentina manakala Enzo Perez mendapat panggilan pertama di bawah kendalian Bauza.

Erik Lamela, Matias Kranevitter dan Marcos Rojo pula merupakan pemain-pemain berprofil tinggi yang tidak akan menyertai pasukan dalam aksi bertemu Brazil di Belo Horizonte, pada 11 November dan Colombia di laman sendiri lima hari kemudian.

Senarai penuh skuad Argentina:

Penjaga gol: Nahuel Guzman (Tigres Mexico), Sergio Romero (Manchester United) dan Geronimo Rulli (Real Sociedad).

Pertahanan: Martin Demichelis (Espanyol), Mateo Musacchio (Villarreal), Nicolas Otamendi (Manchester City), Ramiro Funes Mori (Everton), Gabriel Mercado (Sevilla), Facundo Roncaglia (Celta de Vigo), Emanuel Mas (San Lorenzo) dan Pablo Zabaleta (Manchester City).

Pemain tengah: Javier Mascherano (Barcelona), Guido Pizarro (Tigres Mexico), Lucas Biglia (Lazio), Ever Banega (Inter), Enzo Perez (Valencia), Nicolas Gaitan (Atletico de Madrid), Ángel Di Maria (PSG), Julio Buffarini (San Pablo) dan Marcos Acuna (Racing).

Penyerang: Angel Correa (Atletico de Madrid), Lionel Messi (Barcelona), Paulo Dybala (Juventus), Gonzalo Higuain (Juventus), Sergio Aguero (Manchester City) dan Lucas Pratto (Atletico Mineiro).