Aduriz sertai Messi, Ramos dalam buku sejarah LaLiga

Oleh Penulis Jemputan 11 Disember 2018 1485
Aduriz sertai Messi, Ramos dalam buku sejarah LaLiga
ATHLETIC BILBAO 1 GIRONA 0

Aritz Aduriz menyertai Lionel Messi dan Sergio Ramos dalam catatan sejarah LaLiga.


Penyerang Athletic Billbao itu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan untuk membantu pasukan itu menewaskan Girona 1-0 di San Mames Barria, awal pagi tadi.

Kemenangan itu turut memberikan langkah kanan buat pengurus baru Bilbao, Gaizka Garitano, yang dilantik menggantikan Eduardo Berizzo, minggu lalu.

Aduriz, 37, kini menjaringkan gol dalam setiap musim LaLiga sejak 14 musim terdahulu.

Dia merupakan pemain ketiga mencapai rekod itu selepas bintang Barcelona, Messi, dan kapten Real Madrid, Ramos.

Kemenangan tersebut merupakan yang pertama buat Bilbao sejak perlawanan pembukaan, musim ini.

Bagaimanapun, mereka masih berada dalam zon relegasi dan hanya dibezakan dengan kekurangan beza jaringan dengan pasukan di tangga ke-17, Villarreal.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen