Penyerang Cleveland Cavaliers, Larry Nance Jr. berkata penting bagi NBA untuk menobatkan juara musim ini ketika penularan wabak coronavirus.

Musim NBA 2019-20 ditangguh sejak Mac ekoran COVID-19, yang telah melanda seluruh dunia -- hingga memaksa saingan Sukan Olimpik dan Euro 2020 ditangguh sehingga tahun hadapan.

Pada masa penangguhan, Giannis Antetokounmpo dan pendahulu Eastern Conference, Milwaukee Bucks (53-12) memiliki rekod paling cemerlang dalam saingan liga, mendahului pasukan LeBron James, Los Angeles Lakers (49-14), Toronto Raptors (46-18) dan Los Angeles Clippers (44-20).

Ia masih belum dapat dilihat apabila, dan jika, musim itu akan disambung semula, Nance percaya setiap pemain memiliki peluang untuk mengejar kejuaraan musim ini.

"Kami tidak berada dalam kedudukan untuk bergelar juara tahun ini, tetapi jika saya –- jika saya Giannis, jika saya LeBron, jika saya Kawhi –- jika saya bersama pasukan yang mengejar kejuaraan, sudah pasti saya bersedih jika musim ini dibatalkan," katanya.

Kerana jarang sekali perkara sebegini berlaku dan ia telah mengambil tahun yang amat bernilai dalam karier seseorang pemain."

Nance dan The Cavaliers tidak berada dalam kedudukan mengejar slot playoff ekoran rekod 19-46 dalam saingan Eastern Conference.

Pemain berusia 27 tahun itu telah dijual oleh Lakers ke Cavs pada 2018 untuk bergandingan bersama James di untuk melangkah ke NBA Finals, tewas kepada Golden State Warriors pada musim tersebut.