NBA: Pelicans tanpa khidmat Williamson

Oleh Ammar Hakim 14 Januari 2021 20
NBA: Pelicans tanpa khidmat Williamson
Bintang New Orleans Pelicans, Zion Williamson, terlepas pertemuan dengan Los Angeles Clippers ekoran protokol kesihatan dan keselamatan NBA mengenai pandemik coronavirus.

The Pelicans mengumumakan ketiadaan Williamson menjelang pertemuan dengan The Clippers di Los Angeles.

New Orleans sudah tanpa khidmat Lonzo Ball (lutut) dan Eric Bledsoe (mata ) ekoran kecederaan untuk perlawanan bertemu Clippers.

Williamson -- pilihan pertama draft 2019 -- secara purata melakukan 21.9 mata dan 8.1 rebound setiap perlawanan untuk Pelicans (4-5) musim ini.
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen