NBA: Nash gembira dengan perkembangan Nets selepas catat kemenangan kelapan

Oleh Muzaffar Musa 26 Februari 2021 22
NBA: Nash gembira dengan perkembangan Nets selepas catat kemenangan kelapan
Steve Nash percaya peningkatan Brooklyn Nets adalah hasil daripada persefahaman yang kian meningkat dan pertahanan yang lebih baik.

Nets melebarkan rekod kemenangan mereka kepada lapan perlawanan berturut-turut selepas menewaskan Orlando Magic 129-92 dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Nash berkata perkembangan baik Nets itu diperoleh selepas mereka memperbaiki pertahanan dan persefahaman.

"Sebahagian besar daripadanya adalah ikatan dalam kumpulan kami, mereka berkembang bersama-sama, mereka mula mengecap kejayaan dan peranan mereka semakin meningkat dan anda dapat rasakannya di sana," kata ketua jurulatih Nets itu dalam sidang media.

"Mereka bergembira bersama, mereka terikat secara menyerang dan bertahan, mereka kelihatan lebih berbahaya bersama-sama, pengalaman secara kolektif ketika kami masih pasukan yang baru sudah mula kelihatan.

"Ia juga peningkatan secara bertahan, memahami cara bertahan dan fakta bahawa kami menyedari bahagian pertahanan merupakan bahagian terlemah, mereka bertahan baik, mereka fokus dan sentiasa memperbaiki pertahanan mereka, jadi dua aspek itu adalah perkara utama," katanya.
 
Kyrie Irving muncul penjaring terbanyak Nets ke atas Orlando dengan 27 mata manakala James Harden (20), Landry Shamet (19), Joe Harris (14), Bruce Brown Jr. (14) dan Nicolas Claxton (10) turut merekodkan mata dua digit.

Nets berhasil mengatasi Magic biarpun memulakan perlawanan itu dengan perlahan dan ketinggalan 17-27 dalam suku pertama.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen