NBA: Knicks cipta kejutan tewaskan Celtics

Oleh Muzaffar Musa 18 Januari 2021 27
NBA: Knicks cipta kejutan tewaskan Celtics
New York Knicks mencipta kejutan dalam saingan NBA selepas menewaskan Boston Celtics 105-75 hari ini.

Julius Randle (20 mata dan 12 rebound) dan RJ Barrett (19 mata dan 11 rebound) menjadi penyumbang terbesar untuk Knicks menamatkan rentetan lima kekalahan berturut-turut.

Celtics terdahulu mencipta rekod terbaik dalam Liga Persidangan Timur dengan lima kemenangan berturut-turut tetapi pasukan tuan rumah itu berdepan kekalahan terbesar musim ini di samping turut mengumpulkan mata terendah sepanjang kempen 2020-21.

Keputusan penuh:
New York Knicks 105-75 Boston Celtics
Chicago Bulls 117-101 Dallas Mavericks
Utah Jazz 109-105 Denver Nuggets
New Orleans Pelicans 128-123 Sacramento Kings
Los Angeles Clippers 129-96 Indiana Pacers
Cleveland Cavaliers-Washington Wizards (ditunda)
Philadelphia 76ers-Oklahoma City Thunder (ditunda)

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen