NBA: Curry mahu kekal berada dalam momen rekod jaringan tertinggi karier

Oleh Muzaffar Musa 5 Januari 2021 39
NBA: Curry mahu kekal berada dalam momen rekod jaringan tertinggi karier
Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, mahu kekal berada dalam momen di mana dia merekodkan mata jaringan tertinggi, iaitu 62 mata ketika mengatasi Portland Trail Blazers.

Curry menggegar dengan 62 mata dalam mengepalai kemenangan 137-122 pasukannya ke atas Trail Blazers dalam NBA hujung minggu lalu.

Pemenang dua kali Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA itu merekodkan 18-31 jaringan padang selain 8-16 daripada jarak tiga mata sebagai catatan peribadi terbaiknya.

Curry turut merekodkan 18-19 mata daripada balingan percuma untuk menjadi pemain Warriors pertama merekodkan 62 mata atau lebih sejak Rick Barry melakukannya pada Mac 1974.

"Anda mencuba untuk kekal rendah diri dan kekal berada pada momen ini. Itulah pendekatan terbaik, kata Curry kepada NBC Sport selepas perlawanan itu.

"Ia tidak membantu ketika rakan sepasukan menjerit kepada anda setiap kali bola terkeluar tentang berapa banyak mata yang telah anda dapatkan.

"Tetapi selain daripada itu, ia tidak memberikan sebarang perubahan, hanya terus menjadi agresif, menjadi tegas dan perkara baik akan berlaku," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen