Kobe Bryant menempa legasi dalam saingan NBA yang bakal bertahan lama.

Setahun berlalu sejak pemergian legenda Los Angeles Lakers dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna, antara yang terkorban dalam tragedi kemalangan helikopter yang dinaiki mereka.

Bryant merupakan bintang dalam dunia bola keranjang selepas mula beraksi pada tahun 1996, mempamerkan aksi yang cemerlang sehingga persaraannya pada 2016.

Untuk memperingati ulang tahun kematiannya, kami melihat lima permainan terhebat Bryant dengan Lakers, di mana juara NBA lima kali itu menghabiskan sepanjang 20 tahun kariernya.

65 mata -- 16 Mac 2007 v Portland Trail Blazers

Berdepan Trail Blazers di Staples Center, Bryant hampir mencapai bilangan mata tertinggi (81) yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Bintang itu meraih 65 mata ketika memastikan kemenangan Lakers 116-111.


61 mata -- 2 Februari 2009 v New York Knicks

Madison Square Garden sekali lagi menyaksikan salah satu persembahan terbaik Bryant 12 tahun yang lalu. Di arena paling terkenal di New York, pemain yang turut dikenali sebagai 'Black Mamba' merekodkan 61 mata ketika berdpan Knicks, yang tewas 126-117 kepada Lakers.

62 mata -- 20 Disember 2005 v Dallas Mavericks

Hanya tiga suku waktu permainan diperlukan Kobe untuk mengaibkan Mavericks. Bryant mengatasi bilangan pungutan ke atas Dallas 62-61 pada penghujung suku ketiga di Los Angeles ketika Lakers mudah meraih kemenangan 112-90.


60 mata -- 13 April 2016 v Utah Jazz

Bryant mengucapkan selamat tinggal kepada bola keranjang dengan satu cara yang diketahuinya -- ia merupakan selamat tinggal terbaik ketika Bryant menamatkan karier dalam perlawanan terakhir dengan memungut 60 mata ketika menang 101-96 ke atas Utah Jazz di Staples Center.

81 mata -- 22 Januari 2006 v Toronto Raptors

Ia merupakan persembahan terbaik dalam kariernya apabila Bryant berjaya melepasi Wilt Chamberlain. Kobe bermain 1,346 perlawanan NBA tetapi dalam prestasi terbaik ketika berdepan Raptors, menjaringkang 81 mata -- hanya kekurangan 19 daripada rekod 100 mata dipegang Chamberlain pada 1962. Bryant menampilkan aksi sang genius selama 42 minit ketika membantu Lakers mengatasi Raptors 122-104.