Covid-19: Dua pemain Los Angeles Lakers positif

Oleh Nafis Abdullah 20 Mac 2020 37
Covid-19: Dua pemain Los Angeles Lakers positif
Dua pemain Los Angeles Lakers telah didapati positif coronavirus selepas diumumkan oleh Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, The Lakers tidak mendedahkan nama pemain tersebut tetapi menegaskan mereka kini di bawah penjagaan staf pasukan dan menjalani proses kuarantin.

Ahli fizik Lakers dan badan kesihatan mencadangkan agar ujian dibuat selepas empat pemain Brooklyn Nets didapati positif tatkala kedua-dua pasukan itu bertemu, 10 Mac lalu.

"Semua pemain dan staf Lakers telah diminta untuk terus kuarantin dan mengikut garis panduan di rumah, memantau tahap kesihatan sambil mengekalkan komunikasi dalam pasukan," kata wakil kelab itu.

"Keutamaan kami dalam situasi ini adalah kesihatan pemain, organisasi, peminat serta mereka yang terkesan. Kami sentiasa menghargai sokongan peminat, keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar mereka yang menghidapinya akan cepat sembuh."

Situasi itu hadir selepas Philadelphia 76ers mengumumkan tiga ahli organisasi didapati positif coronavirus sambil Denver Nuggers mengesahkan satu kes.

Coronavirus terus menjadi punca penangguhan acara sukan termasuk NBA tatkala banyak negara sedang cuba mengatasinya.

Sehingga kini, lebih 10,000 nyawa telah terkorban daripada 245,000 kes di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat, lebih 205 kematian dilaporkan daripada sekurang-kurangnya 13,700 kes.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen