Enam pemain NBA didapati positif koronavirus dalam ujian saringan terbaru yang dijalankan, demikian diumumkan liga berkenaan.

Keputusan ujian Covid-19 yang membabitkan 302 pemain pada Selasa lalu telah diumumkan semalam dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan liga itu dan Persatuan Pemain Bola Keranjang Kebanggsaan.

Kenyataan itu berkata: "Mana-mana pemain yang diuji positif perlu kekal berada dalam pengasingan sehingga mereka memenuhi protokol kesihatan awam untuk dibenarkan menamatkan pengasingan dan telah disahkan oleh pihak perubatan."

Perkhabaran itu tiba selepas sebulan NBA merancang untuk menyelesaikan musim 2019-20 dan mengadakan perlawanan playoff 22 pasukan di Orlando, Florida.

Dengan peningkatan kes positif Covid-19 di Amerika Syarikat (AS), termasuk di negeri tuan rumah kejohanan 22 pasukan itu, wujud kebimbangan terhadap keputusan NBA berkenaan.

Arizona, Texas dan Florida antara negeri yang terjejas teruk sepanjang beberapa minggu ini.

Liga itu sedang berada dalam jendela perpindahan dan transaksi ujian , yang membolehkan pasukan menambah pemain ejen bebas sebelum jadual perlawanan dikeluarkan awal bulan depan.

Kem latihan akan bermula pada 9 Julai ini dan NBA merancang untuk meneruskan musim mereka pada 30 Julai ini.