Bintang Cleveland Cavaliers, LeBron James, enggan membandingkan dirinya dengan legenda Chicago Bulls, Michael Jordan.

Sejak James mencuri tumpuan pada usia muda, banyak pihak yang menyamakan dirinya dengan Jordan, namun LeBron menegaskan bahawa mereka berdua merupakan atlet yang berbeza.

Bercakap menjelang perlawanan menentang Boston Celtics pada Khamis, James menafikan dakwaan bahawa dia memiliki persamaan dengan juara enam kali NBA itu.

"Tidak, Jordan seorang pemain yang gemar melakar jaringan, jadi sudah tentu permainan kami cukup berbeza," jelas James menerusi Cavs.com.

"Tubuh badannya juga berbeza berbanding saya. Walaupun kami pamer dominasi pada usia 32 tahun tetapi kami tidak berkongsi sebarang persamaan."

Kedua-dua pemain menggunakan teknik lontaran 'fadeaway jump': James melakukannya di bahagian penjuru gelangang manakala Jordan gemar melakukannya berhampiran tapak lontaran percuma.

James turut menafikan terdapat persamaan dalam aspek lontaran kedua-dua atlet tersebut dengan berkata: "Jordan lebih banyak ke belakang ketika melakukan 'fadeaway jump' berbanding saya.

"Pada saya, itu adalah gaya dia yang tersendiri tetapi keseluruhannya, tiada persamaan dalam corak permainan kami."