Pasukan Amerika Syarikat (AS) mengatasi Pasukan Dunia 151-131 dalam saingan Cabaran Bintang Harapan NBA (NBA Rising Stars Challenge), semalam.

Pemain Charlotte Hornets, Miles Bridges, dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selepas menjaringkan 20 mata dengan lima rebound serta lima bantuan jaringan.

Eric Paschall muncul penjaring terbanyak Pasukan AS dengan 23 mata, sementara Collin Sexton menjaringkan 21 mata dan Zion Williamson dengan 14 mata.

RJ Barrett memimpin kutipan mata Pasukan Dunia dengan 27 mata ketika kedua-dua pasukan menampilkan persembahan yang menarik.
Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Pasukan AS dalam saingan Cabaran Bintang Harapan NBA, apabila meraih kemenangan menerusi persembahan dominan dalam separuh masa kedua apabila mengatasi Pasukan Dunia 80-50.