Bebas kecederaan, James bakal turun berdepan Clipppers

Oleh Staff Writer 26 Disember 2019 39
Bebas kecederaan, James bakal turun berdepan Clipppers
Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, bakal kembali pulih daripada kecederaan untuk aksi berdepan Los Angeles Clippers.

James terlepas kekalahan 128-104 kepada Denver Nuggets ekoran kecederaan otot ketika tewas kepada Indiana Pacers minggu lalu.

Tetapi Lakers mengesahkan James dijangka turun bertemu musuh tradisi, Clippers, di Staples Center.

The Lakers (24-6) bakal meletakkan harapan kepada James untuk menamatkan rentetan kekalahan dengan menewaskan Clippers (22-10) yang ditunjangi bintang meningkat naik, Kawhi Leonard.

James –- yang dihimpit kecederaan dalam musim pertama -- kini mengutip 25.8 mata secara purata, 10 bantuan jaringan dalam setiap perlawanan musim ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen