Perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, mengibaratkan 10 hari pertama dalam kem Road to Tokyo (RTT) sebagai proses kembali berjalan semula selepas tersentak dengan realiti sejauh mana merudum prestasi di atas gelanggang.

"Saya berasakan pergerakan agak perlahan dan terdapat kekurangan dalam permainan saya," kata Zii Jia.

Itu luahan Zii Jia walaupun sebelum ini tekun melakukan latihan di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Situasi ini memaksa dia menumpukan baki kem RTT fasa pertama untuk memantapkan fizikal.

Realitinya, Zii Jia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk kembali ke tahap terbaik.

"Saya memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk kembali ke tahap terbaik."