Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong ibarat kelahiran semula

Oleh Shaiful Shamsudin 19 Januari 2021 14732
 Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong ibarat kelahiran semula
Beregu profesional lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, kekal menjadi sandaran negara dalam kejohanan kedua Terbuka Thailand yang membuka tirai hari. 

Kejayaan melangkah ke final Terbuka Thailand yang pertama diibaratkan gandingan ini sebagai kelahiran semula selepas rentetan kekecewaan sejak Sukan Olimpik Rio 2016.

Mereka, bagaimanapun, tidak perlu bekerja keras dalam misi mereka untuk melangkah ke satu lagi aksi final tatkala ramai menjangkakan pertemuan epik di antara mereka dan gandingan veteran Korea Selatan, Lee Yong Dae-Kim Gi Jung.

Sebelum turun ke gelanggang, rekod pertemuan 2-0 memihak wakil negara.

Menanti mereka dalam pusingan kedua adalah wakil tuan rumah, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren yang menewaskan taruhan muda negara, Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

"Sudah lama tidak ke final, kali terakhir pada September 2019.

"Saya rasa gembira kami dapat semula keyakinan. Lagipun Terbuka Thailand ini adalah pentas besar. 

"Ramai yang sudah tidak mempercayai (kemampuan) kami sebab selalu terkandas awal, paling jauh pun suku akhir," katanya ketika diwawancara maya bersama wakil Astro Arena, Shahrazad Sani, hari ini. 

Menurutnya lagi: "Ketika datang ke sini keyakinan kami di tahap 50-50. Selagi belum main, tidak dapat rasa suasana (kejohanan).

"Hari pertama mesti tertekan tapi kami kena buat satu demi satu langkah."

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS 🇲🇾 Goh V Shem-Tan Wee Kiong def. #KOR 🇰🇷 Kim Gi Jung-Lee Yong Dae 6-2 retired *V Shem-Wee Kiong through to Round 2 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, January 18, 2021


Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memastikan tiada kejutan hari pertama berulang ketika mereka turun menentang gandingan muda Thailand dengan keputusan 21-10, 21-18.

V Shem yang menyingkirkan mereka mempunyai saranan buat rakan senegaranya itu. 

"Sekarang mereka bergelar nombor satu negara, mereka tidak boleh kalah. Tapi itulah kesilapannya. 

"Mereka cuma perlu fokus untuk berikan yang terbaik sahaja, kalau terlalu fikir untuk menang, mesti akan mula tertekan," katanya. 




 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen