Terbuka Thailand: Nur Izzuddin-Sze Fei beregu lelaki negara ketiga ke suku akhir

Oleh Muzaffar Musa 14 Januari 2021 2059
Terbuka Thailand: Nur Izzuddin-Sze Fei beregu lelaki negara ketiga ke suku akhir
Selepas dua beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand hari ini, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membuktikan gandingan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut tidak kurang hebat apabila layak ke peringkat sama.

Pasangan negara itu menempa tempat ke suku akhir selepas menewaskan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Niclas Nohr, 21-19, 21-10 dalam masa 39 minit.

Kemenangan itu turut memastikan satu wakil negara akan layak ke separuh akhir apabila Sze-Fei-Nur Izzuddin akan bertemu V Shem-Wee Kiong esok.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open R2 #MAS šŸ‡²šŸ‡¾ Goh Sze Fei-Nur Izzuddin def. #DEN šŸ‡©šŸ‡° Mathlas Christiansen-Niclas Nohr 21-19 21-10 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 14 January 2021


Sementara itu, pasangan profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, muncul satu-satunya beregu campuran negara layak beraksi di peringkat suku akhir.

Pilihan kelima kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menumbangkan gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, 21-18, 21-13.

Bagaimanapun, dua beregu campuran lain, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terkandas dalam pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open R2 #MAS šŸ‡²šŸ‡¾ Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) def. #NED šŸ‡³šŸ‡± Robin Tabeling-Selena Piek 21-18 21-13 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 13 January 2021
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen