Tiga beregu campuran negara meneruskan kemaraan ke suku akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Pilihan utama kejohanan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, menepati ramalan apabila mudah menewaskan lawan dari Perancis, Ronan Labar-Anne Tran, dengan keputusan straight-set 21-12, 21-16.

Turut mara adalah pilihan keempat, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang berdepan saingan lawan dari Denmark, Rasmus Espersen-Christine Busch, sebelum menang 21-10, 21-15.

Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang merupakan pilihan kelima kejohanan, turut tidak berdepan sebarang masalah dalam menundukkan wakil Jerman, Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer, 21-14.