Seluruh England: Soniia yakin kejutkan Ratchanok

Oleh Staff Writer 2 Mac 2020 844
Seluruh England: Soniia yakin kejutkan Ratchanok
Pemain badminton perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, yakin corak permainannya mampu menamatkan badi menentang jaguh Thailand, Ratchanok Intanon dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham minggu depan.

Kedua-dua pemain itu akan bertemu seawal pusingan pertama dan menjelang pertemuan itu, Soniia mahu menumpukan kepada tahap kesihatan dan kecergasannya untuk mencipta kejutan.

"Secara asanya, ia berkenaan kondisi fizikal dan keihatan saya.

"Kerana ia waktu yang sangat kritikal buat atlet.

"Sekiranya kami tidak sihat, segala-galanya akan menjadi sukar.

"Itulah yang paling penting buat saya," katanya.

Tambahnya, prestasinya ketika membantu Malaysia ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Filipina bulan lalu menjadi pencetus semangat untuk terus melakukan kejutan, terutama ke atas pemain pilihan.

"Saya tidak dapat nafikan bahawa pasukan wanita -- bukan sahaja saya -- telah beraksi dengan baik.

"Jadi, saya percaya kami boleh membawa semangat itu untuk menghadapi kejohanan yang akan datang," tambahnya.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen