RTT:  Hasil di luar jangkaan, kata Choong Hann 

Oleh Shaiful Shamsudin 30 Jun 2020 104
RTT:  Hasil di luar jangkaan, kata Choong Hann 
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, lega barisan pemain mempamerkan prestasi di luar jangkaan dalam tempoh kem latihan program Road to Tokyo (RTT). 

Cho0ng Hann, yang berkongsi tanggapannya kepada wakil Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, menganggap program itu satu senario menarik buat skuad badminton negara.

"RTT ibarat satu 'rahmat' kerana ia membolehkan kami bermula lebih awal berbanding orang lain -- kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  -- membuat persediaan. 

"Ia melonjakkan semangat pemain dalam mencari rentak dan sesetengahnya menunjukkan prestasi yang yang lebih baik daripada jangkaan," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

Ia satu kelegaan buatnya yang gusar tentang prestasi skuad badminton negara terutama atlet yang mempunyai peluang cerah Sukan Olimpik Tokyo 2021 memandangkan mereka sudah tiga bulan tidak turun ke gelanggang.

Choong Hann mengakui program RTT selama 30 hari itu menghasilkan banyak impak positif daripada segi kecergasan mental dan fokus pemain.

Bekas tonggak perseorangan negara itu turut mengakui tempoh sebulan tidak cukup untuk proses pemulihan yang memerlukan mereka memulakan program latihan di tahap awal.

Bagaimanapun, dia sudah merancang langkah seterusnya menjelang latihan fasa dua yang bermula 5 Julai depan.

"Otot lebih cepat pulih sekitar lebih kurang 90 peratus. 

"Tetapi daripada segi kecergasan mungkin memerlukan sedikit masa lagi," tambahnya. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen