Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, bersama rakan-rakannya menganjurkan satu perlawanan amal bagi mengumpulkan sumbangan buat Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di Negeri Sembilan dan Surau Al-Muttaqin di Gurun, Kedah.

Perlawanan amal itu turut disertai bekas pemain lain seperti Hafiz Hashim, Zakry Latif, Razif Latif dan jurulatih skuad remaja negara, Vountus Indra Mawan, selain rakan artis seperti Shah Slam dan Azhar Osman.

Hasil daripada perlawanan amal itu dilaporkan telah mengumpulkan sekitar RM1,000.

Dalam satu temu bual Astro Arena, Roslin berkata: "Kami melihatnya sebagai satu pendekatan yang berlainan pada bulan puasa.

"Dalam masa sama, kami juga dapat berpeluh dan menyihatkan badan, jadi kerana itulah kami menerima untuk menganjurkan program ini. Saya berbesar hati kerana kami dapat bermain sambil beramal.

"Kebiasannya sudah pastilah program berbuka puasa untuk mengutip derma seperti ini tetapi dengan kami sebagai ahli sukan dan mempunyai pengikut yang ramai, kami menggunakan pendekatan bersukan seperti ini untuk beramal," katanya.