Misbun terharu Chong Wei dilanda ujian 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Oktober 2018 1070
Misbun terharu Chong Wei dilanda ujian 
Hari pertama selepas kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke tanah air, masih belum ada perkongsian rasmi terhadap masa depannya dalam berdepan rawatan kanser.

Kepulangan Chong Wei malam tadi penuh berahsia setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Seperti pesanan ringkasnya kepada media, Chong Wei mengelak daripada mengeluarkan kenyataan rasmi.

Bahkan, belum ada bayangan kejutan Chong Wei akan melakukan kebangkitan segera seperti yang diharapkan peminat badminton tanah air.

"Saya cukup terharu dengan ujian yang dilaluinya dan betapa kuatnya Chong Wei sebagai pemain badminton dalam situasi mencabar ini," kata ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek. 

"Setidak-tidaknya peminat sudah mengetahui mengenai dugaan paling getir dalam hidup Chong Wei. 

"Sama ada dia ingin meneruskan kariernya, kita tunggu sahaja kata putusnya nanti.

"Saya sendiri pun tidak tahu," katanya lagi. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen