Liew Darren terlepas peluang menjuarai kejohanan badminton Masters Taiwan apabila bersara dalam set ketiga selepas tewas dalam dua set sebelum itu berdepan wakil India, Sourabh Varma.

Darren, yang meneruskan kariernya selaku pemain profesional selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tewas set pertama dan kedua 10-12 sebelum bersara dalam set ketiga ketika perlawanan sedang terikat 3-3.

Pemain yang menghuni ranking ke-106 dunia itu menampilkan aksi mantap ketika di peringkat separuh akhir apabila menewaskan pemain di ranking 62 dunia, Lin Yu Hsien.

Ini merupakan pentas final pertama dalam kariernya selaku pemain profesional.