Kem Badminton 2018 capai sasaran

Oleh Penulis Jemputan 19 Disember 2018 64
Kem Badminton 2018 capai sasaran
Setelah 10 hari berkampung di pusat latihan kebangsaan Jepun, program Astro Kem Badminton 2018 tamat dengan jayanya serta mencapai objektif.
.

Bagi tahun 2018, seramai 3,000 orang peserta telah mendapat impak hasil program ini yang menyaksikan hanya 29 orang yang terpilih untuk merasai pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

"Astro dan Astro Kasih menjalankan program pembangunan ini bagi mencungkil bakat baru. Ia merupakan usaha jangka panjang," kata Pengarah Yayasan Astro Kasih, Datuk David Yap.

Kerjasama dengan Persatuan Badminton Jepun akan diteruskan hingga tahun 2020 dan David berasakan lokasi ini amat sesuai buat program kem badminton.

"Kami juga mendapati peserta yang menyertai kem ini dapat mendapatkan pengalaman serta latihan dalam badminton tetapi memahami budaya badminton Jepun yang kini memiliki ramai pemain bertaraf antarabangsa."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen