Kejohanan Dunia: Wakil Hong Kong ranapkan impian Peng Soon, Liu Ying

Oleh Staff Writer 3 Ogos 2018 2507
Kejohanan Dunia: Wakil Hong Kong ranapkan impian Peng Soon, Liu Ying
Harapan untuk menyaksikan pasangan beregu campuran negara melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2018 berkecai selepas Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas di tangan wakil Hong Kong, Tan Chun Man dan Tse Ying Suet, hari ini.

Gandingan Peng Soon/Liu Ying dlilihat mempunyai peluang cerah untuk mara lebih jauh tatkala rekod kemenangan mereka menentang pasangan Hong Kong itu juga seimbang.

Namun, set pertama ternyata menampakkan kegoyahan pasangan beregu campuran negara apabila tewas 12-21.

Wakil Malaysia itu cuba bangkit dalam set kedua, merakamkan kemenangan 21-11, namun permainan dalam set ketiga menyaksikan mereka gagal untuk menyekat Chun Man-Ying Suet,  sekali gus terkandas dengan keputusan 10-21.

Selepas ini, dua lagi wakil negara akan turun berentap, iaitu pemain perseorangan lelaki, Liew Daren, dan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik

"Sebenarnya, selepas aksi semalam, saya mengalami sedikit kecederaan tetapi hari saya tetap mencuba sedaya-upaya. Walaupun tewas, saya sudah memberikan yang terbaik," kata Liu Ying.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen