June Wei masih belum boleh dabik dada -- Rashid

Oleh Penulis Jemputan 15 Oktober 2018 739
June Wei masih belum boleh dabik dada -- Rashid
“Positif tetapi masih ada kekurangan."

Itu reaksi bekas jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, merujuk kepada pencapaian Cheam June Wei dalam Kejohanan Terbuka Belanda, yang terpaksa akur dengan kegagalan meraih kejayaan kedua di pentas antarabangsa, tahun ini.

Turun selaku bukan pilihan, kemaraan June Wei dilihat satu perkembangan baik buat kem badminton negara.

Bagi Rashid, pencapaian itu boleh diberikan pujian, namun perlu ada penambahbaikan segera agar ia tidak bersifat sementara.

"Mungkin ia daripada segi kecergasan June Wei kerana sekarang banyak aksi melibatkan pertarungan yang panjang. Sukar untuk menamatkan satu rentak permainan dalam tempoh yang pendek, jadi dia perlu tingkatkan prestasi dalam aspek tersebut," kata Rashid.

Dalam masa sama, Rashid berpendapat kem negara tidak boleh lagi cepat berpuas hati dengan pencapaian semasa memandangkan negara lain semakin meningkat dalam menambah penguasaan mereka.

"Daripada segi permainan, memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki tetapi perlu diakui bahawa peningkatan dapat dilihat daripada segi perancangan serta taktikal June Wei."

June Wei yang kini berada di ranking ke-93 dunia cuba memberi tentangan dalam set pertama, namun gagal mengatasi dominasi pemain India, Sourabh Verma, yang meneruskan penguasaan sehingga set kedua untuk menang 21-19, 21-13.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen