Jin Wei butir emas dalam Sukan Olimpik Remaja

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2018 2559
Jin Wei butir emas dalam Sukan Olimpik Remaja
Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei, mengatasi Wan Zhiyi 16-21, 21-13, 21-19 dalam final perseorangan badminton wanita untuk meraih emas dalam Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina.

Pemain berusia 18 tahun itu menjadi menjadi atlet pertama negara menymbang pingat emas dalam temasya kali ini dan menjadi wakil Malaysia kedua untuk meraihnya di pentas yang sama sejak kejayaan pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei, pada 2014.

Memulakan saingan dengan cemerlang apabila mengatasi wakil Indonesia, Maharani Sekar Batari, Ashwathi Pillai (Sweden) dan Ann-Kathrin Spoeri (Jerman) dalam Kumpulan C, Jin Wei kemudian mara ke final dengan menewaskan wakil Vietnam, Vu Thi Anh Thu, dalam suku akhir sebelum menundukkan pilihan utama dari Thailand, Phittayaporn Chaiwan, dalam separuh akhir.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen