2017 merupakan tahun ujian buat skuad beregu lelaki negara, namun di sebalik pelbagai kemelut, terbit permata dalam bentuk gandingan Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei.

Skuad beregu sentiasa melahirkan pasangan luar biasa, daripada gandingan Datuk Seri Jalani dan DatukRazif Sidek hingga pasangan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

Izzuddin dan Sze Fei, pada usia muda, memiliki segala keupayaan meletakkan nama sebaris dengan legenda Malaysia berkenaan.

Permulaan baik pada musim 2017 menerusi penampilan dalam final Masters Malaysia bertukar menjadi igauan saat tersingkir awal dalam satu demi satu kejohanan yang disertai.

Malah, ada cerita untuk memisahkan mereka bagi digandingkan dengan bekas pasangan nombor satu negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem.

Tetapi. mujur mereka menepis segala masalah mendatang untuk menutup cerita tahun ini dengan kejayaan dalam Cabaran Antarabangsa Terbuka Malaysia, bulan lalu.

Izzuddin turut menjelaskan prestasi dirinya dan Sze Fei akan terus meningkat dan berharap untuk mencipta sesuatu buat peminat sukan badminton tanah air pada masa akan datang.

"Saya dan Sze Fei sentiasa berbincang mengenali kelemahan kami dan berusaha untuk memperbaikinya.

"Selepas kami meraih kejayaan tempoh hari, ia adalah satu kepuasan buat kami dan pergelutan yang diharus dilalui disudahkan dengan kemenangan ini," kata Izzudin.