Cheh Chang belum puas hati

Oleh Penulis Jemputan 13 November 2018 181
Cheh Chang belum puas hati
Kejayaan pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, layak ke final Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjadi pencapaian menakjubkan tetapi ketua jurulatih, Pang Cheh Chang, tetap berasa gusar.

Sejak kembali bergandingan awal tahun ini susulan episod kecederaan Liu Ying, mereka sudah beraksi dalam 17 kejohanan terbuka.

Ia tidak termasuk penampilan dalam saingan Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Asia 2018.

Prestasi konsisten menyaksikan mereka  ke final Jelajah BWFdan berada di kedudukan kedua daripada lapan yang layak tetapi Cheh Chang tetap risau dengan fizikal rapuh Liu Ying dan mental Peng Soon menuju saingan penutup tirai musim itu.

"Terutamanya Liu Ying, kami ada melakukan perubahan dalam perkembangannya. Jadi, ia tampak lebih konsisten. Saya melihat mental Peng Soon sedikit penat," kata Cheh Chang.

"Peng Soon sudah berusia 30 tahun dan Liu Ying pula 29 tahun, jadi pemulihan mereka sedikit lambat.

"Kami masih memiliki tempoh dua atau tiga minggu untuk mempersiapkan diri menjelang aksi Siri Super , jadi mereka boleh mendapatkan semula sentuhan," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen