Berpasukan Asia: Koronavirus punca undian semula 

Oleh Staff Writer 10 Februari 2020 1492
Berpasukan Asia: Koronavirus punca undian semula 
Wabak novel koronavirus memberi kesan kepada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Manila, Filipina, dengan ketiadaan pasukan China dan Hong Kong hingga memaksa saingan lelaki perlu melalui proses undian semula hari ini. 

Sebelum ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C di samping Taiwan dan Singapura tetapi menjelang aksi sebenar esok, skuad lelaki negara sebaliknya akan berdepan India dan Kazakhstan dalam Kumpulan B.

Senario itu dianggap memihak kepada skuad lelaki negara untuk ke suku akhir dan separuh akhir kejohanan berkenaan yang turut menjadi medan kelayakan ke Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark, dari 16 hingga 24 Mei depan.

Pasukan wanita negara pula diundi dalam Kumpulan W bersama Jepun. 

Ia bermakna pertemuan dengan Negara Matahari Terbit itu menjadi satu-satunya aksi pemanas badan sebelum menghitung nasib dalam suku akhir.


Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena seterusnya 



Editor: Shaiful Shamsudin 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen