Berpasukan Asia: June Wei sedia kerah keringat di Manila

Oleh Staff Writer 30 Januari 2020 152
Berpasukan Asia: June Wei sedia kerah keringat di Manila
Pemain badminton perseorangan negara, Cheam June Wei, menegaskan dia dan rakan sepasukan akan beraksi sehingga ke keringat terakhir berdepan lawan lebih berkualiti dalam Kejohanan Berpasukan Asia bagi memastikan Malaysia melangkah ke suku akhir.

Dalam sejarah penglibatan Malaysia dalam acara berpasukan, skuad negara yang bakal ke Manila, Filipina bulan depan merupakan antara yang paling muda.

Lee Zii Jia, kini berusia 22 tahun, merupakan pemain nombor satu negara di ranking ke-14 dunia manakala June Wei adalah kedua terbaik di ranking ke-72.

Dua lagi taruhan, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, pula berada di luar kelompok 100 terbaik dunia.

Ketika Malaysia meletakkan harapan untuk melangkah ke suku akhir dan menghidupkan peluang merebut slot ke Piala Thomas di Aarhus, Denmark, pemain berusia 23 tahun itu bertekad menampilkan aksi terbaik di Manila nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya beraksi dalam saingan berpasukan. Saya sangat teruja untuk meraih mata buat Malaysia.

"Zii Jia bakal menjadi perseorangan pertama dan dua lagi perseorangan yang bakal beraksi perlu menampilkan aksi terbaik. Saya yakin dengan kemampuan pasukan kali ini," kata June Wei.



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen