Beri Gambardella peluang tadbir ABM -- James

Oleh Staff Writer 24 Julai 2020 59
Beri Gambardella peluang tadbir ABM -- James
Bekas pengarah prestasi tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, memohon semua pihak agar tidak melatah mengenai pelantikan Robert Gambardella selaku ketua pegawai eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).

James sebaliknya menyarankan agar BAM meletakkan beberapa indeks petunjuk prestasi (KPI) awal dalam memastikan keputusan yang diambil itu berbaloi.

"Gambardella difahamkan miliki pengalaman luas dalam arena sukan dan biarpun dia tidak terlibat secara langsung dalam sukan badminton sebelum ini, kita tidak boleh memandang sebelah mata sebaliknya memberi peluang dan ruang untuk lihat kemampuannya mentadbir ABM."

Dalam pada itu, James menyokong keputusan penuh BAM untuk menganjurkan Kejohanan Terbuka Malaysia hanya jika mendapat suntikan dana dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Tambahnya, kos itu lebih bermanfaat jika disalurkan kepada program pembangunan badminton negara.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen