BAM perlu segera rancang laluan perseorangan negara ke Tokyo 2020

Oleh Penulis Jemputan 3 Oktober 2018 223
BAM perlu segera rancang laluan perseorangan negara ke Tokyo 2020
Pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan jurulatih perlu segera merancang laluan perseorangan lelaki ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 atau berputih mata melihat wakil profesional memperoleh hak ke temasya itu.

BAM berhasrat melihat dua wakil negera layak ke Tokyo 2020 dengan kelayakan ke temasya itu dijadual bermula pada hujung April 2019.

Untuk impian itu menjadi kenyataan, Malaysia perlu memiliki dua wakil dalam kelompok 16 terbaik dunia sebelum tamat tempoh kelayakan.

Terbit gusar terhadap aspirasi itu memandangkan Datuk Lee Chong Wei dibelenggu kanser hidung sementara harapan muda seperti Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao berada di luar kalangan 50 terbaik ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Bukan hanya pemain, jurulatih dan pengurusan persatuan perlu mencari jalan bagi memastikan Malaysia memiliki wakil perseorangan lelaki dalam temasya Tokyo 2020," kata bekas ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek.

Rashid juga menegaskan keperluan perseorangan muda negara memandang kepada barisan perseorangan Indonesia seperti Anthony Ginting yang berupaya memecah masuk dalam senarai elit dunia.

"Anthony mula menempah nama hasil daripada kerja keras yang ditampilkan dalam latihan dan keinginannya untuk menjadi juara. Jurulatihnya memberikan keutamaan bagi memastikan peningkatan dalam permainannya."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen