Badminton Terbuka Jerman: Zii Jia melangkah ke separuh akhir 

Oleh Penulis Jemputan 3 November 2017 2140
Badminton Terbuka Jerman: Zii Jia melangkah ke separuh akhir 
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pemain yang menyingkirkan Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Dunia, Brice Leverdez dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jerman, sebentar tadi. 

Zii Jia menampilkan ketangkasannya sepanjang pertarungan yang berlanjutan lebih sejam itu sebelum membenam lawannya dari Perancis itu untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. 

Zii Jia yang turun selaku pilihan ke-17, memberi tentangan sengit sebelum tundukan 21-19 dalam set pertama. 

Pemain muda negara itu memimpin permainan dalam set seterusnya namun membenarkan lawannya bangkit mengikat kedudukan pada mata ke-17 sebelum menang 21-18. 

Dalam set ketiga, Leverdez mula kehilangan rentak lalu dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Zii Jia untuk menang 21-10, sekaligus menempah pertemuan dengan pemain Denmark berusia 20 tahun, Rasmus Gemke, esok. 




 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen